Smart Success

Bagaimana Ingin Menjemput Kejayaan Datang Bertubi-tubi Kepada Kita?

Berapa ramai yang inginkan kejayaan selalu mendampingi dirinya?

Berapa ramai yang mendambakan kejayaan demi kejayaan menyelubungi diri mereka?

Berapa ramai yang mengimpikan kejayaan selalu mendekati mereka?

Mungkin kita pernah menghadapi situasi di mana kita ingin berjaya, tetapi kejayaan itu tidak sudi mampir hampir kepada kita. Kita asyik mengimpikan kejayaan gemilang, sibuk merangka dan menjangka bentuk kejayaan yang diharapkan tapi ia tidak menjadi kenyataan.

Mungkin juga ada dalam kalangan kita yang amat mengharapkan kejayaan yang sudah lama kita idamkan. Menariknya, kita hampir mencapai kejayaan tersebut tetapi apabila sampai masa, ia ditarik semula daripada kita.

Mungkin ada dalam kalangan kita yang sememangnya ingin mengubah diri kita, azam yang tinggi, keinginan yang meluap-luap untuk berjaya. Tetapi apabila sampai masa, kita hanya berdiam diri, terlalu selesa dengan keadaan yang kita ada.

Kejayaan sememangnya memerlukan usaha. Itu sememangnya pasti. Rata-rata pakar motivasi akan mengutarakan perkara yang sama. Mana mungkin kejayaan itu hadir tanpa berbuat apa-apa. Betul kan? Mana ada kejayaan itu dikurniakan kepada mereka yang tidak melakukan apa-apa. Mereka tidak berdoa, tidak berbuat apa-apa, duduk diam, mana mungkin Allah SWT mengurniakan nikmat kejayaan kepada kita.

Kebanyakan daripada kita ingin sangat mendapatkan kejayaan. Kejayan sebenarnya boleh dibahagikan kepada dua

Kategori Kejayaan

1. Kejayaan Di Dunia

Di dunia adalah tempat kita merebut kebaikan sebanyak mungkin sebagai bekalan menempuh alam yang seterusnya. Kejayaan di dunia merupakan kejayaan yang kita capai semasa kita hidup di alam dunia. Kejayaan dari segi aspek pelajaran, kerjaya, kenaikan pangkat, memperoleh rezeki, kebahagiaan dan apa jua kebaikan yang kita terima semasa kehidupan kita di dunia, merupakan kejayaan di dunia.


Kehidupan di dunia merupakan satu cabaran yang getir. Kadang-kala setiap kesusahan dan kepayahan yang kita lalui memberikan tekanan kepada kita. Sebagai contoh, seorang pelajar yang ingin berjaya dengan cemerlang, pasti melalui cabaran-cabaran tertentu. Cabaran itu adalah satu penanda aras nilai kejayaan kita tersebut. Semakin tinggi cabaran yang dilalui, semakin hebat nilai kejayaan yang kita perolehi.



Sebagai seorang yang bekerjaya pula, sudah tentu kita inginkan kerjaya kita memberikan pengalaman indah. Kita inginkan kerjaya yang baik, gaji yang bagus, kenaikan pangkat yang cepat dan suasana kerja yang menambah nilai kegembiraan kita setiap masa. 



Kadang-kala kejayaan itu datang bukan kepada kita tetapi kepada pasangan, atau anak-anak kita mahupun ibu bapa kita. Kegembiraan mereka mengecapi kejayaan itu juga merupakan kejayaan yang kita patut raikan bersama.



Apa jua manfaat yang kita peroleh semasa kita hidup di dunia ini merupakan kejayaan duniawi yang kita kejar. Persoalannya, apakah kejayaan kita di dunia menjamin kejayaan kita di akhirat?

2. Kejayaan Di Akhirat

Akhirat merupakan destinasi terakhir yang kita akan tuju. Destinasi akhir yang kita akan tuju cuma ada dua sahaja. Tiada pilihan yang banyak untuk kita pilih, ketentuan ini sememangnya sudah ditentukan oleh Allah SWT kepada kita. Itulah dia syurga dan neraka.

Kejayaan di akhirat sudah pasti kejayaan kita menempuh segala ujian di dunia dan terpilih sebagai ahli syurga Allah SWT. Syurga Allah SWT merupakan tempat idaman bagi setiap hamba-hambanya. Allah SWT menentukan mereka yang beriman dan bertakwa akan menjadi penghuni tetap syurga. Syurga ini merupakan kejayaan kita di akhirat.

Sememangnya Allah SWT menyediakan syurga yang luas kepada kita. Kita sudah diberikan pilihan semasa di dunia sama ada untuk memilih syurga atau neraka sebagai destinasi akhir kita. Kehidupan kita di dunia merupakan penentu destinasi akhir kita sama ada menjadi ahli syurga atau neraka.

Semua orang inginkan syurga Allah SWT, tetapi berapa ramai yang sanggup bersusah payah di dunia untuk mendakap syurga pada akhirnya. Kejayaan menempatkan diri dalam syurga Allah SWT merupakan kejayaan paling besar bagi kita. Kehidupan di dalam syurga sememangnya amat indah dan yang paling seronok, ia berkekalan selama-lamanya.

Persoalan yang perlu kita jawab ialah, apakah kehidupan kita di dunia sudah menjadi jaminan kita BERJAYA menjadi ahli syurga Allah SWT?

Apa Yang Akan Kami Kongsikan?

  • Sebab Paling Utama Kita Perlu Menjadi Manusia Yang Berjaya
  • Cara menjemput kejayaan
  • Apakah yang paling mudah untuk dilakukan sebagai seorang yang berjaya
  • Mengenal pasti jenis-jenis kejayaan
  • Siapa yang menyebabkan kita ingin jadi manusia yang berjaya
  • Apakah amalan-amalan yang boleh dilakukan untuk menjemput kejayaan
  • Bagaimana dapat menjadi manusia yang selalu bersangka baik dengan setiap ujian dan halangan
  • Bagaimana dapat menjadikan halangan satu momentum kejayaan yang mantap
  • Cara doa yang sepatutnya kita lakukan
  • Bagaimana cara menghayati setiap doa yang kita ucapkan
  • Apa yang perlu dilakukan selepas memperoleh kejayaan yang diidamkan


Rahsia Yang Paling Bernilai

Kami ingin memberikan satu rahsia paling mujarab untuk membantu dalam merealisasikan impian kejayaan anda menjadi satu kenyataan. Mungkin anda teringin untuk mengecapi satu-satu kejayaan tetapi mudah menyerah tatkala diberikan satu halangan dan ujian. Dalam program ini kami akan berkongsi rahsia bagaimana anda boleh mula melakukan tindakan untuk mendapatkan apa jua impian anda. Syaratnya ialah, impian tersebut merupakan satu impian yang realistik dan boleh di capai.

Pendaftaran Awal

Jika anda ingin bertindak menjadi seorang yang berjaya, anda boleh daftar di sini.


Siapa Yang Berhak Menyertai?
Pelajar Sekolah
Mahasiswa
Pekerja
Ibu Bapa

Mengapa Kita Sukar Memperoleh Kejayaan

Apakah kita gembira memperoleh kejayaan? Pasti kita rasa gembira selepas kita menikmati kejayaan tersebut. Betul kan? Betul. Kita akan gembira apabila Allah SWT menitipkan kejayaan kepada kita. Tapi bagaimana kegembiraan itu ingin diterbitkan ketika kita sedang berusaha mengejar kejayaan tersebut. Program ini sebenarnya akan membantu peserta menzahirkan rasa gembira semasa berusaha mendapatkan kejayaan.

Kejayaan ini sudah pasti hak mutlak Allah SWT. Allah SWT merupakan pemilik segala-galanya. Menjadi satu kerugian kepada orang Muslim apabila kita jarang meminta kejayaan dikurniakan kepada kita. Kita selalu mengeluh kerana kejayaan itu tidak seperti mana yang kita inginkan. Tetapi berapa ramai daripada kita yang setiap hari meminta dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat. Pada siapa ingin kita minta? Sudah pasti, pemiliknya iaitu Allah SWT.

Dalam program ini, kami akan berkongsi bagaimana ingin mewujudkan keseronokan melakukan usaha-usaha mencipta kejayaan. Kita akan lebih faham mengapa kita perlu jadi orang berjaya dengan memahatkan keyakinan yang mantap bahawa kita pasti menjadi insan terpilih untuk berjaya. Bagaimana kejayaan ingin hadir kepada kita, jika kita rasa sedih, mengeluh dan kecewa dengan setiap cabaran dan ujian yang dititipkan oleh Allah SWT.

Hubungan dengan Allah SWT perlu dibaja dengan baik. Apa baja yang perlu digunakan? Di sinilah kami akan berkongsi beberapa amalan yang boleh dilaksanakan bagi melatih diri memiliki sifat konsisten dalam diri. Hubungan ini perlu dijaga dengan rapi kerana mana mungkin Allah SWT akan mempermudahkan kejayaan diberikan kepada mana-mana hamba-Nya yang tidak menjaga hubungan cinta dengan Allah SWT.

Pasti kita ingin mengetahaui faktor-faktor yang menyebabkan kita sukar mendapatkan kejayaan yang di damba. Inilah perkongsian menarik yang kami akan dedahkan kepada anda semua.


No comments:

Post a Comment